REFLEKSI DIRI
NAMA : NUR FAZLINA BINTI ABD WAHID
NO ID : IDA22-08-129
KELAS : DIA 2C
Pandangan saya mengenai projek ini ialah projek KQK pada sem ini adalah menarik kerana berkaitan dengan gaya hidup sihat. Oleh itu, berdasarkan pembentangan yang telah dibentangkan oleh rakan-rakan yang lain, saya dapat menambah ilmu pengetahuan saya. Saya juga dapat memperbaiki gaya hidup yang lebih sihat daripada sebelum ini. Tajuk yang saya pilih pada poster saya ialah kempen derma darah. Jika saya mempunyai peluang pada masa akan datang, saya ingin mengikuti kempen derma darah agar dapat menyelamatkan nyawa orang lain. Walaubagaimanapun, saya berasa saya perlu memperbaiki bakat saya dalam menyunting kerana saya kurang berpuas hati dengan hasil poster saya. Tambahan pula, itu adalah kali pertama saya menggunakan aplikasi Canva. Saya sangat berterima kasih kepada rakan - rakan saya yang sudi memberi tunjuk ajar menggunakan aplikasi tersebut. Saya juga sangat gembira kerana pembentangan poster saya berjalan dengan lancar dan dapat menjawab soalan yang diajukan oleh Madam Nasha.
Selain itu, saya berasa sangat teruja apabila diberi tugasan untuk melakukan senaman aerodance dan membuat video secara berkumpulan. Secara jujurnya saya suka melakukan aktiviti yang memerlukan gerak badan dan sedikit lasak tetapi saya malu jika di khalayak ramai. Jadi saya mengambil peluang ini untuk melakukan dengan bersungguh - sungguh. Saya ingin mengucapkan kepada rakan sekumpulan aerodance saya iaitu, Afiqah, Hanisah, Nisrina Nabihah, Nisrina, Sabrina dan Nurin kerana sudi memberi tunjuk ajar dan bekerjasama dalam menyiapkan satu video. Walaupun ia mengambil masa yang lama untuk kami memilih lagu, menyediakan koreografi dan berlatih untuk menyiapkan sehingga selesai, tetapi kami tidak berputus asa dan berjaya menyiapkannya. Saya juga terpegun melihat bakat rakan - rakan saya apabila melakukan aerodance kerana mereka melakukannya dengan baik. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Madam Nurul Nadia Nasha binti Hassan kerana sudi memberi pelbagai nasihat dan sokongan dalam menyiapkan tugasan yang diberi.
Comments
Post a Comment