BIODATA DIRI

 BIODATA DIRI


Nama diberi Nur Fazlina binti Abd Wahid. Saya merupakan pelajar Kolej Profesional MARA Indera Mahkota, Kuantan, Pahang dan saya dari Program Diploma in Accounting. Di sini, saya ingin menyatakan sedikit latar belakang saya. Saya berasal dari Batu Pahat, Johor dan merupakan anak kelima daripada enam adik-beradik. Saya mempunyai pelbagai hobi tetapi hanya sekadar suka-suka. Antaranya, menyanyi, menari tetapi bukan di khalayak ramai dan sekadar vibing dengan lagu-lagu. Genre lagu yang paling saya suka ialah hip-hop kerana ianya rancak tetapi lagu-lagu lain pun saya suka juga. Selain itu, saya juga suka membaca tetapi bergantung kepada genre buku tersebut seperti komik dan novel. Menonton drama juga salah satu hobi saya seperti K-Drama dan juga movie-movie seperti Avengers. Kepada pembaca yang sedang membaca ini, saya doakan semoga hari-hari anda berjalan dengan lancar dan sentiasa gembira. Enjor your day ! 

Comments

Popular posts from this blog

REFLEKSI DIRI